Hidup ini adalah perjuangan..

akan engkau dapati hidupmu akan menempuh saat kesukaran, dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu..

Wednesday, July 27, 2011

Suburkan Rasa Bertuhan


Buat pertama kali aku menulis diari kehidupan aku, dan aku namakan sebagai nota kehidupanku… Baru beberapa hari, aku bertemu dengan sahabat-sahabat sekolah yang rapat denganku. Harith, Zul, Zack, pertemuan lalu tak akan berakhir.. Insyaallah, dengan izin-Nya, kita akan bersua lagi..
Aku masih lagi ternanti-nanti, bila agaknya gaji aku akan masuk. Teringat dahulu, betapa sikitnya masa yang aku belanjakan untuk Tuhanku ketika aku bekerja… Sekarang, aku dah berhenti kerja.. Masa yang aku ada ini, ingin aku manfaatkan sebaiknya untuk aku hayati kehidupan dan perbaiki diriku ini..
Aku masih lagi dalam usaha untuk menyelesaikan masalah aku, sains aktuari. Dan pada masa yang sama, masalah kehidupanku. Tidak lagi seperti dahulu, walaupun diuji pelbagai masalah, ujian dan dugaan, semua itu tidak pernah mematahkan semangat aku pada waktu itu..
Kini, ujian sekecil ini tidak mampu aku harungi, itulah kelemahan diri kita yang bergelar insan, bilamana kita berjauhan dengan Allah, kita tidak berdaya untuk menghadapi sedikit pun ujian-Nya.. Sedikit sebanyak, aku cuba bangkit untuk menjadi diriku yang dahulu..
Artikel dari keratan akhbar ILuvIslam sedikit sebanyak memberi suntikan baru untuk aku menjalani perubahan dalam hidup ini.. banyak perkara yang boleh aku renungkan kembali untuk kembali bergelar mujahid fi sabilillah.. Menyuburkan Rasa Bertuhan, itulah yang dibincangkan..
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Allah sempitkan dadanya (tidak menerima dan memahami hidayah Allah) seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Begitulah Allah timpakan azab kepada orang yang tidak beriman – Al-An’am :125
Ya Allah, golongan manakah aku? Terlalu lama aku tinggalkan agama semata-mata kerana dunia.. Dah tiba masanya, namun aku sentiasa mengharapkan kepada-Mu Ya Allah agar Engkau terus memberiku kekuatan untuk aku membina semula peribadi seorang mukmin. Ya Allah, kurniakan aku hidayah-Mu, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redha…
Kata orang, andai Allah tetap dihati, tiada apa yang perlu digusar, tiada apa yang perlu ditakuti. Andai seluruh umat berhimpun memerangi kita, semuanya tidak perlu dibimbangi kerana kita masih ada Allah di hati kita. Itulah yang aku fikirkan, dimanakah Allah dihati aku?? Ketika aku di medan perjuangan sekolah, terasa begitu dekatnya Dia di hatiku.. tapi kini… Aku hanya dengan duniaku.. Dunia yang suatu hari nanti hanya menanti untuk menamatkan usianya yang tua ini..
Aku hanyalah hamba kepada-Nya, namun adakah amalan aku seperti seorang hamba? Perlakuanku sebelum ini tidak lari seperti seorang hamba yang berlagak memiliki dunia ini.. Ya Allah, ampunkan daku Ya Rabbi.. bantulah aku, aturkan langkahku untuk mengenal-Mu Ya Allah..

1 comment:

  1. background pict ambik kat mana.... guna long exposure tapi camera shake.... huhuhu.. btw nice entry

    ReplyDelete